11. Meghan Markle

Meghan Markle sudah pasti bangga dengan jeragatnya dan tahu betapa cantiknya dia samada dengan atau tanpa solekan. Oleh yang demikian, dia suka untuk keluar tanpa solekan dan sering kali mempamerkan wajahnya yang cantik secara semula jadi. Pada masa ini, mungkin kerana statusnya (sebagai kerabat diraja) dia lebih banyak mengenakan solekan tetapi dalam kebanyakan waktu lain, dia lebih gemar dengan penampilannya yang lebih semula jadi. Semasa bercakap dengan Allure dalam wawancara tahun 2007, Meghan berkata, “Untuk semua rakan saya yang mempunyai jeragat di luar sana, saya akan berkongsi dengan anda sesuatu yang Ayah katakan kepada saya ketika saya masih muda. ‘Wajah tanpa bintik-bintik adalah malam tanpa bintang.’ “Kata-kata indah bukan?