Beban tanggungjawab

Walaupun Callum memberi jaminan bahawa semuanya baik-baik saja dengan Jamy, Thomas masih mempunyai keraguan terhadap penyataan itu. Dia meninggalkan sekolah dengan lebih banyak perasaan bimbang berbanding ketika dia tiba sebentar tadi. Dia rasa seperti belum lagi menghampiri untuk mendapatkan jawapan yang sangat dicarinya.
Nampaknya tidak kira betapa keras usahanya dia untuk mencuba, setiap pertemuan pasti akhirnya akan ada lebih banyak soalan daripada jawapan. Thomas tahu mesti ada sesuatu yang berlaku tetapi kenapa Callum enggan memberikan sebarang jawapan?