Tingkahlaku Jamy sepanjang perjumpaan bersama Pengetua

Selepas mendengar cerita daripada rakan-rakan sekelasnya, Jamy juga dibenarkan untuk menghadiri perbincangan yang dijalankan antara ibu bapanya dan juga pengetua sekolah mereka. Tetapi seperti sebelum ini, dia masih tidak mahu membuka mulut dan berkongsi apa sebenarnya yang telah berlaku padanya.
Sebaliknya, dia mula menangis teresak-esak. Jamy mengeraskan diri seperti sebuah dinding; dia memutuskan untuk tidak mahu meluahkan apa-apa. Ibu bapanya semakin terdesak dan mula rasa tidak berdaya apabila melihat keadaan yang menimpa pada anak mereka.